TIP-TIP PENTING UNTUK MENGELAKKAN PENIPUAN TEMPAHAN DALAM TALIAN

(Online Booking Scam)


Apabila menempah penginapan seperti homestay, hotel atau resort, pernahkah anda hanya menaip nama tempat yang dicari dan terus klik pada salah satu hasil carian yang teratas? Dengan adanya internet, tempahan hotel secara dalam talian menjadi amat mudah. Ketika anda sedang ralit menatal carian tentang percutian musim bunga atau idea untuk berlibur, waspada dengan laman web pelancongan palsu dalam talian yang semakin bertambah. Berikut adalah beberapa tip penting yang dapat mengelakkan penipuan tempahan secara dalam talian:

  1. Semak URL laman web
    • Laman yang sah dan selamat biasanya akan bermula dengan HTTPS dan bukannya HTTP, “S” = Selamat. AHLA juga mengesyorkan untuk mencari simbol Lockdi sebelah kiri URL bagi mengesahkan bahawa laman tersebut selamat. Selain itu, anda boleh pergi terus ke laman web rasmi penginapan, syarikat penerbangan atau agensi kereta sewa untuk membuat tempahan secara langsung.
  1. Gunakan OTA (Online Travel Agency) yang sah
  • Sebelum membuat sebarang tempahan, luangkan sedikit masa untuk menyelidik khidmat syarikat yang ingin anda gunakan. Cari ulasan atau testimoni pelanggan terdahulu dan semak sama ada syarikat itu mempunyai laman web rasmi. Jika anda masih tidak pasti, cuba hubungi syarikat tersebut melalui saluran khidmat pelanggan mereka dan buat penilaian atas respons yang anda terima. Antara OTA terkemuka yang boleh dipercayai ialah Booking.com, Agoda, Expedia, Airbnb, MyRehat.com dan pelbagai lagi.
  1. Guna kad kredit dan elakkan kad debit
  • Gunakan kad kredit untuk membuat tempahan dalam talian. Sekiranya laman web itu palsu, anda tidak akan memberikan penjenayah siber akses terus ke akaun bank anda.
  1. Lakukan pengesahan semula
  • Selepas anda membuat tempahan dalam talian, sentiasa hubungi syarikat yang anda pilih untuk mengesahkan semula tempahan anda. Jika tiada rekod tempahan yang diterima, lebih baik anda mengetahuinya serta-merta kerana anda boleh mengambil langkah awal untuk menghubungi pihak berkuasa tentang sebarang penipuan selain masih mempunyai masa untuk membuat tempahan yang sah.

Jika anda sedang mencari idea penginapan atau merancang percutian seterusnya, MyRehat menguruskan lebih daripada 40 penginapan di lokasi strategik sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Kami juga menyediakan tempahan makanan dan aktiviti luar seperti kembara dan air terjun. Tunggu apa lagi, dapatkan diskaun eksklusif dengan membuat tempahan melalui www.myrehat.com.

Ingat, kekal selamat dan jangan menambah satu lagi statistik penipuan kewangan!